Wednesday, 17 December 2014

TUGASAN ILMIAH: PATRIOTISME

PATRIOTISME DAN PERISTIWA: BUKAN SEKADAR SIMBOLIK



PROSES PENULISAN
            Tema yang diberikan untuk tugasan individu ini ialah 'patriotisme'. Menurut Kamus Dewan edisi keempat, Patriotisme berasal daripada bahasa Greek iaitu patriotes yang bermaksud fellow countrymen, iaitu rakan senegara dan patrice yang bermakna fatherland atau country, iaitu tanah air atau negara. Ini membawa pengertian individu atau kumpulan yang berada di hadapan dalam usaha membela tanah air. Seorang patriot dikatakan sebagai seorang yang cintakan negaranya dan akan membuat apa sahaja untuk mempertahankannya. Patriot bermaksud orang yang mempertahankan kebebasan atau hak tanah air atau pembela negara. 
            Dalam tugasan ini, saya menyatakan tentang semangat patriotisme yang dapat dilihat daripada pelbagai aspek, tingkah laku, tindakan dan sebagainya. Semangat patriotisme dapat dilihat dalam diri pahlawan-pahlawan, pejuang tanah air, anggota keselamatan dan juga dalam diri seorang atlet. Nilai patriotisme yang menjadi sebahagian daripada nilai murni,sekiranya dapat dijiwai dan diamalkan sebaik mungkin, akan dapat menyumbang ke arah pembentukan generasi muda berhemah tinggi dan berakhlak mulia.
         Penulisan ini dimulakan dengan pengenalan tentang patriotisme dan menceritaan dengan ringkas tentang isi atau perbincangan yang berkaitan tajuk yang saya pilih. Seterusnya adalah definisi patriotisme daripada sumber yang berlainan. Isi atau perbincangan yang pertama dengan semangat patriotisme yang ada dalam diri pahlwan dahulu iaitu Rentap. Perbincangan seterusnya mengenai nilai patriotisme yang ditunjukkan oleh pasukan keselamatan negara. Selain daripada nilai patriotisme yang dapat dilihat dalam diri pahlawan, pejuang tanah air dan anggota keselamatan negara, patriotisme juga dapat dilihat dalam diri seorang atlet. Sukan juga sebenarnya mampu memupuk semangat cinta akan negara ini. Kesimpulan yang saya dapat daripada tugasan ini ialah semangat patriotisme perlu dipupuk atau diterapkan lagi dalam diri setiap individu, khasnya remaja kerana remaja merupakan aset yang penting dalam membina negara bangsa maju dan sejahtera. Rakyat negara ini perlu mengambil iktibar daripada peristiwa-peristiwa yang berlaku dan mengambil contoh semangat yang ditunjukkan oleh pejuang negara. Sesungguhnya, patriotisme perlu dijiwai, bukan sekadar simbolik. 








Saturday, 13 December 2014

SBLM1023 PENGANTAR PENULISAN

          Kursus SBLM1023 PENGANTAR PENULISAN ini sangat bagus kepada pelajar-pelajar kerana kursus ini akan membantu memperbaiki gaya penulisan pelajar. Silibus-silibus yang ada dalam kursus ini mendedahkan kepada pelajar tentang  kaedah dan strategi menulis, penggunaan tanda baca, penggunaan bahasa yang betul, peraturan bahasa, tatabahasa, jenis-jenis penulisan, pemerengganan dan teknik menstruktur idea, reka bentuk penukisan dan juga penggunaan bahan rujukan. 
       Kaedah pembelajaran dan pengajaran kursus ini juga bagus kerana melibatkan kuliah, perbincangan, latihan menulis dan juga pembentangan. Latihan menulis diberikan untuk ditulis didalam blog. Hal ini akan membantu pelajar untuk mengasah bakat penulisan yang ada dan sekaligus akan menghasilkan penulisan yang bermutu. 
   Pentaksiran yang bergantung kerja kursus 100% juga membuatkan pelajar fokus semasa kuliah dijalankan. Pelajar perlu menghasilkan kerja kursus yang baik untuk mendapatkan markah yang tinggi. Pentaksiran kursus ini yang tidak mempunyai peperiksaan akhir membuatkan pelajar menumpukan sepenuhnya perhatian terhadap kerja kursus. 
     Pemilihan tajuk kerja kursus, cara pembelajaran dan juga penggunaan bahan pembelajaran sangat penting dalalm penambahbaikan kursus Pengantar Penulisan ini.

FORMAT AMERICAN PSYCHOLOGICAL ASSOCIATION (APA)

Format APA adalah gaya manual pilihan bagi penulis, editor, pelajar dan pendidik dalam bidang sains sosial dan tingkahlaku. Ia memberi panduan yang tidak ternilai keatas semua aspek dalam proses penulisan. Format APA juga terkenal untuk membuat rujukan dan sistem petikan yang berwibawa dan mudah untuk digunakan. Manual penerbitan juga menawarkan panduan untuk melilih tajuk, jadual, rajah dan nada yang akan menyebabkan saintifik yang kukuh, mudah dan elegen. 

Cara Menulis Senarai Rujukan Mengikut Format APA 
Maklumat yang perlu dicatatkan :
1. Nama penulis
2. Tahun terbit (dalam tanda kurungan)
3. Judul bahan
4. Maklumat tambahan 
5. Tempat terbit
6. Nama penerbit

Cara Penulisan 
1. Nama penulis, editor atau penyusunan diikuti dengan tanda noktah (.).
2. Tahun terbit dalam kurungan dan diikuti dengan tanda noktah.
3. Judul hendaklah dicondongkan dan diikuti dengan tanda noktah. 
4. Jilid, diikuti dengan tanda noktah.
5. Edisi dan cetakan dalam kurungan dan diikuti dengan tanda noktah.
6. Tempat terbit diikuti dengan tanda titik bertindih.
7. Nama penerbit diikuti tanda noktah.
8. Nama penterjemah, diikuti dengan tanda noktah.
9. Judul penerbitan berkala,diikuti dengan tanda noktah. 
10. Kata singkatan 'hlm' digunakan untuk halaman.
11. Bilangan siri jika berkaitan, diikuti dengan tanda noktah. 

Panduan ringkas penyediaan senarai rujukan
1. Mulakan dengan halaman baru.
2. Taip perkataan "Rujukan" di bahagian tengah dan atas halaman tersebut.
3. Langkau satu atau dua baris antara kemasukan.
4. Jangan nomborkan senarai rujukan.
5. Baris kedua setiap kemasukan, anjak 5 atau 6 ruang.
6. Tajuk buku, nama jurnal ditalikkan.
7. Bagi pengarang barat, nama keluarga didahulukan.
8. Susun nama pengarang mengikut abjad.
9. Dahulukan buku yang ditulis bersendirian berbanding buku yang ditulis bersama.
10. Bagi penulis yang sama, dahulukan buku terawal - ikut kronologi.
11. Susun berdasarkan abjad tajik jika pengarang dan tahun sama.

CONTOH :








PROSES PENULISAN TUGASAN KUMPULAN

          Setelah mengambil keputusan untuk menukar tema dan tokoh, kami sekumpulan mencari tokoh yang lain untuk tugasan kumpulan ini. Setelah puas memikirkan tokoh yang hendak dipilih, akhirnya kami sepakat mengambil Puan Khatijah binti Saad sebagai tokoh untuk tugasan ini. Beliau tinggal di Melaka dan kami sangat sukar untuk bertemu beliau. Kami tidak berpeluang untuk bertemu beliau selalu. Kami memilih tema ibu mithali untuk mengambarkan kegigihan Puan Khadijah.                  
        Pelbagai cara kami lakukan untuk mendapatkan maklumat daripada beliau, termasuklah berhubung melalui telefon kerana jarak jauh. Kegigihan dan keupayaan Puan Khatijah dan suami mendidik anak-anak mereka sehingga berjaya atau mampu berada dimenara gading membuatkan kami tertarik untuk mengambil beliau sebagai tokoh tugasan kami. Setelah bahan-bahan dikumpulkan, kami menyiapkan tugasan kami bersama-sama dam akhirnya kami berjaya menghantar tugasan kami pada masa yang telah ditetapkan.  

Tuesday, 4 November 2014

TUGASAN KUMPULAN - PENULISAN BIOGRAFI TOKOH TEMPATAN

PROSES PENCARIAN TOKOH TEMPATAN

         Ahli kumpulan saya terdiri daripada tiga orang iaitu saya, Sabariah Binti Isa, Fatin Nur Wahida dan Noor Adibah Azlan. Pencarian tokoh bagi kumpulan kami dimulakan dengan memilih pensyarah universiti sebagai tokoh pilihan kami untuk tugasan berkumpulan ini. Kami memilih pensyarah di Universiti Utara Malaysia (UUM) sebagai tokoh kerana kami juga merupakan pelajar disini dan mudah untuk kami menemui atau mewawancara beliau. 

         Pada mulanya, kami ingin memilih pensyarah yang bernama Dr Shafie iaitu penyarah yang mengajar untuk kursus Pengurusan Pembangunan. Sebelum pemilihan tokoh berkenaan dipilih, kami bertanyakan kepada Dr Rohizah Halim, iaitu penyarah Pengantar Penulisan kami mengenai tokoh yang bakal dipilih. Beliau menyatakan bahawa seseorang tokoh yang bakal dipilih perlu mempunyai ciri-ciri keistimewaan yang tersendiri atau mempunyai perbezaan dan keunikan berbanding orang lain. Setelah berbincang sesama ahli kumpulan, kami beralih arah daripada memilih Dr. Shafie sebagai tokoh kepada mencari tokoh yang lain. 


           Setelah berminggu-minggu memikir dan mencari tokoh, akhirnya kami mengambil keputusan memilih individu iaitu seorang peniaga kedai makan yang berjaya di kampung beliau. Tokoh tersebut ialah Puan Rokiah, pemilik Restoran Pohon Tanjung. Hari berganti hari dan sudah tiba minggu pembentangan tugasan berkumpulan. Segalanya berjalan lancar namun kami perlu memperbaiki lagi tugasan kami. 


PN. ROKIAH

        Kami memilih beliau sebagai tokoh pilihan kami kerana beliau menunjukkan kegigihan beliau dalam menjalani kehidupan beliau. Pn. Rokiah berasal dari Myamar. Beliau telah berusaha bersungguh-sungguh untuk menjadi seorang peniaga yang berjaya. Setelah membuat pembentangan mengenai beliau terdapat masalah yang timbul, iaitu kami hanya menceritakan sejarah restoran tersebut, sebab-sebab pemilihan beliau sebagai tokoh dan latar belakang mengenai beliau. 

        Dr Rohizah memberi komen bahawa apakah tema yang diambil dan kami perlu menunjukkan atau membuktikan kelebihan yang ada pada tokoh tersebut. Kami menjawab persoalan beliau dengan menyatakan bahawa tema yang kami pilih adalah tema kegigihan. Kami berpendapat bahawa beliau gigih berusaha untuk mencari rezeki dengan membina perniagaan walaupun berada di negara orang. Dr. Rohizah juga mengatakan kami perlu menceritakan mengapa beliau begitu gigih membina perniagaan dan kami perlu menceritakan kehidupan beliau di Myanmar serta mengapa beliau berhijrah ke Malaysia.   Namun, semua ini menyulitkan kami kerana tokoh yang kami pilih ini tidak memberi kerjasama dalam menceritakan kisah hidup beliau semasa di Myanmar. Oleh itu, kami bersama-sama mengambil keputusan untuk menukar tokoh sekali lagi.


PENGANTAR PENULISAN 2

BAB 2 : KEPENTINGAN BAHASA DALAM PENULISAN

2.1 PERATURAN BAHASA DAN KEPENTINGANNYA DALAM PENULISAN


2.1.1 PENGGUNAAN KATA PEMERI


  • Ialah. Penggunaan kata pemeri ialah secara persamaan atau ekuatif hadir di hadapan frasa nama.
  • Adalah. Penggunaan kata pemeri adalah secara huraian atau kualitatif hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama.

2.1.2 PENGGUNAAN KATA SENDI DI, DALAM, DARI, DARIPADA
  • DI
SENDI NAMA DI
AWALAN DI-
Di makam
dimakamkan
Di penjara
dipenjarakan
Di atas
diatasi

  • DALAM
Lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak.
  1. Dalam hal ini, kita semua patut bersetuju.
  2. Kita harus fasih bertutur dalam bahasa kebangsaan kita. 

  • DARI
Menunjukkan tempat. 

KATA SENDI DARI
CONTOH
Menunjukkan :
1.      tempat


dari ibu pejabat
2.      arah
dari selatan
3.      kedudukan tempat
dari bawah tanah
4.      nama konkrit
dari rumah ke pejabat
5.      kata bantu bagi tempat
dari seluruh negara

Menunjukkan masa atau waktu.
Contoh :
  1. Dari pukul 10.35 pagi
  2. Dari zaman dahulu

  • DARIPADA
KATA SENDI DARIPADA
CONTOH
         1. untuk orang
 Wang tersebut diterima daripada Aminah
2. kata nama abstrak
 Dia mendapat manfaat daripada nasihat bapanya
3.      asal kejadian
 Baju itu diperbuat daripada kain sifon
4.      perbandingan
 Buku merah ini lebih tebal daripada buku biru itu



2.1.3 PENGGUNAAN IMBUHAN

PERUBAHAN GOLONGAN KATA


KATA KERJA
KATA NAMA
melaksanakan
pelaksanaan
mempelawa
pelawaan
melantik
pelantikan
mendalamkan
pendalaman
melawan
pelawanan
berlawan
perlawanan
membicarakan
pembicaraan
berbicara
perbicaraan
berbincang
perbincangan



2.1.4 EJAAN KATA TERBITAN

IMBUHAN ASING
adi                                        : adikarya, adikuasa
bi                                          : bilazim, bitara, biadab
dasa                                      : dasawarsa, dasalumba
dwi                                       : dwibahasa, dwihala, dwibulanan
eka                                        : ekabahasa, ekasuku, ekafungsi
panca                                    : pancaindera, pancaragam
pasca                                     : pascamerdeka, pascatuai, pasca-9/11, pasca-Mei 13
pra                                         : prasejarah, pratonton, prakata
pramu                                    : pramugari, pramusaji
swa                                        : swalayan, swaserap
tri                                           : trihuruf, trikaki
tata                                         : tatabahasa, tatatertib, tatabsusila, tatabuku
man                                        : budiman, seniman
-ah, -in, -at                             : ustazah, hadirin, hadirat                         


RANGKAI KATA
Eja berasingan

  • jalan raya, alat tulis, kereta api, warga kota, sari kata, urus setia, pilihan raya, sama ada, atur cara, guna pakai, tengah hari, maklum balas, terima pakai, ambil maklum.

Eja rapat (kecualian)

  • kerjasama, kakitangan, sukarela, matahari, setiausaha, warganegara, antarabangsa, bumiputera, suruhanjaya, pesuruhjaya, tandatangan, tanggungjawab, jawatankuasa, olahraga.

Eja bersempangan (kata ganda)

  • serta-merta, surat-menyurat, buah-buahan, kuih-muih, sayur-sayuran, mandi-manda, tolong-menolong, gunung-ganang, saudara-mara.

Eja rangkai kata dengan imbuhan 

  • menandatangani, bekerjasama, menyusun atur, mengambil maklum, mereka bentuk, mengenal pasti, pengambilalihan, keurussetiaan, pengenalpastian, pengemaskinian, mengemas kini.

Eja rangkai kata digandakan

  • Ejaan berasingan - gandakan unsur pertama; jalan-jalan raya, alat-alat tulis, pegawai-pegawai kanan, Menter-Menteri Besar, naib-nain pengerusi.
  • Ejaan rapat - gandakan seluruh kata; setiausaha-setiausaha, warganegara-warganegara, jawatankuasa-jawatankuasa, bumiputera-bumiputera. 

2.1.5 PENGGUNAAN TANDA BACA
  • TANDA NOKHTAH
  • TANDA KOMA
  • TANDA KOMA BERTITIK
  • TANDA PISAH ( _ )
  • TANDA SEMPANG (-)
  • TANDA TITIK BERTINDIH ( : )



Monday, 3 November 2014

SBLM 1023 PENGANTAR PENULISAN 1

BAB 1 : PENGENALAN KEPADA PENULISAN


1.1 KONSEP PENULISAN


  • Satu aktiviti yang melibatkan pemikiran (mental) dan perasaan (psikologikal).
  • Satu proses berterusan dalam usaha menyampaikan pemikiran dan perasaan penulis.
  • Satu hasil (produk) yng dibaca dan difahami yang mungkin juga melibatkan tindak balas tertentu.

1.1.1 KELEBIHAN MENULIS

  • Mengetahui kemampuan dan potensi diri.
  • Meningkatkan kemahiran manaakul dengan lebih kritis.
  • Memperluas dan memperdalam wawasan tentang isu yang dipaparkan.
  • Sesuatu idea dapat dinilai dengan lebih objektif.
  • Memudahkan usaha memecahkan permasalahan.
  • Mendorong pembelajaran secara aktif.
  • Meningkatkan daya kecekapan berfikir secara kritis dan kreatif.

1.1.2 KONSEP-KONSEP PENTING DALAM PENULISAN

  1. Retorik
  2. Wacana
  3. Teks dan Karya


1.2 TUJUAN PENULISAN 

  1. Penugasan
  2. Altuistik
  3. Pemujukan
  4. Penerangan
  5. Penyataan diri
  6. Kreatif
  7. Penyelesaian masalah


1.3 ELEMEN DALAM PENULISAN

Woodson (1982)

1. Penulis
  • berpengetahuan
  • berfikiran logik
  • berperikemanusiaan
  • matang
  • baik
  • boleh menunjukkan sifat peribadi atau sebaliknya terhadap topik atau tajuk penulisan 
2. Pembaca
Terdapat 3 jenis pembaca;
  • pembaca yang dikenal pasti
  • pembaca umum
  • pembaca yang sukar dipengaruhi
3. Mesej
  • idea utama yang disampaikan penulis
  • mesti bersesuaian dengan tujuan penulisan
  • mesej/idea akan berjaya disampaikan sekiranya mengambil kira ciri-ciri seperti susunan yang logik, makna yang jelas, tatabahasa yang betul, gaya penyampaian yang menarik dan pertautan yang utuh.

Winterowd (1975)




konteks

mesej

Penyampai   -------------------------------Penerima

hubungan

kod




1.4 JENIS PENULISAN
  1. Penulisan ilmiah
  2. Penulisan kreatif
  3. Penulisan popular



KONSEP :

1. Penerbitan Elektronik (e-publishing)
   
    Penerbitan elektronik telah menjadi kebiasaan dalam penerbitan saintifik dimana ia telah berhujah bahawa ulasan jurnal saintifik dalam proses untuk digantikan dengan penerbitan elektronik. Ia juga menjadi kebiasaan untuk mengedarkan buku-buku, majalah dan surat khabar kepada pengguna melalui peranti membaca tablet, pasaran yang semakin meningkat oleh berjuta-juta setiap tahun yang dihasilkan oleh vendor dalam talian seperti kedai buku Apple iTunes, kedai buku Amazon untuk Kindle dan buku-buku dalam Google Play Bookstore. 
    
    Penyelidikan pasaran menunujukkan bahawa separuh daripada semua majalah dan akhbar peredaran akan melalui penghantaran digital pada akhir tahun 2015 dan separuh daripada membaca di Amerika Syarikat akan dilakukan tanpa kertas pada tahun 2015. 

     Walaupun pengedaran melalui Internet ( juga dikenali sebagai penerbitan dalam talian atau web publishing apabila dalam bentuk web a ) pada masa kini berkait rapat dengan penerbitan elektronik, terdapat banyak rangkaian penerbitan bukan elektronik seperti Ensiklopedia pada CD dan DVD, dan juga penerbitan teknikal dan rujukan dipercayai digunakan oleh pengguna mudah alih dan lain-lain tanpa akses kelajuan yang dipercayai dan tinggi untuk rangkaian. 

    Penerbitan elektronik juga digunakan dalam bidang ujian persediaan di negara maju dan juga negara-negara membangun untuk pendidikan pelajar ( dengan itu sebahagiannya menggantikan buku konvensional ) kerana ia membolehkan kandungan dan analisis digabungkan untuk faedah pelajar. Penggunaan penerbitan elektronik untuk buku-buku teks boleh menjadi lebih ketara dengan iBooks daripada Apple Inc dan Apple Negotiations dengan tiga pembekal buku teks terbesar di Amerika Syarikat.

    Penerbitan elektronik semakin popular dalam karya fiksyen dan juga artikel saintifik. Penerbitan elektronik mampu memberikan kepuasan cepat untuk pembaca lewat malam, buku-buku yang pelanggan mungkin tidak dapat mencari di peruncit buku standard ( erotika amat popular dalam format e-book ). Buku-buku oleh penulis baru yang akan diterbitkan tidak mungkin menguntungkan untuk penerbitan tradisional.

   Walaupun istilah "penerbitan elektronik" terutamanya digunakan hari ini untuk merujuk kepada tawaran semasa penerbit dalam talian dan berasaskan web, mempunyai sejarah yang digunakan untuk menggambarkan pembangunan bentuk baru pengeluaran, pengedaran dan dalam hal interaksi pengguna kepada pengeluaran berasaskan teks komputer dan media interaktif yang lain.




2. Penerbitan Kendiri ( self-publishing)

    Penerbitan kendiri ditakrifkan secara berbeza. Menurut orang-orang yang bekerja dirumah penerbitan kendiri adalah penerbitan tradisional, penulis yang membayar untuk mengedit, memformat atau reka bentuk perlindungan. Mereka sendiri menerbitkan karya mereka. Buku ini secara tradisinya diterbitkan hanya jika perbelanjaan penerbitan dibayar oleh penerbit. Walau bagaimanapun, ini sering tidak termasuk perkhidmatan pemasaran.
    
    Penerbitan kendiri adalah penerbitan apa-apa buku atau media lain oleh pencipta karya tanpa penglibatan pihak ketiga. Sebuah buku fizikal sendiri diterbitkan dikatakan dicetak secara peribadi. Penulis adalah bertanggungjawab dan mengawal proses keseluruhan termasuk dalam kes buku, reka bentuk perlindungan dan dalaman, format, harga, pengedaran, pemasaran dan perhubungan awam. Penulis boleh melakukan semuanya sendiri atau sebahagian daripada proses untuk syarikat-syarikat yang menawarkan perkhidmatan ini. 

    Penerbitan kendiri tidak terhad kepada buku-buku fizikal. Ebooks, risalah-risalah, laman web dan bahan-bahan lain biasanya diterbitkan sendiri. 



3. Web Publishing 

    Web publishing adalah proses menerbitkan kandungan di Internet. Ia termasuk mewujudkan dan memuat naik laman web, mengemaskini laman web, blog dan menghantar dalam talian. Kandungan diterbitkan mungkin termasuk teks, imej, video, dan lain-lain jenis media. 
    
   Dalam usaha menerbitkan kandungan di web, anda perlu tiga perkara iaitu, perisian pembangunan web, sambungan Internet dan pelayan web. Perisian ini boleh menjadi program reka bentuk web profesional seperti Dreamweaver atau antara muka berasaskan web yang mudah seperti WebPress. Sambungan Internet berfungsi sebagai medium untuk memuat naik kandungan ke pelayaran web. Laman besar boleh menggunakan web host yang berdedikasi, tetapi banyak laman web yang lebih kecil seringkali tinggal di pelayaran dikongsi, beberapa laman web yang menjadi tuan rumah. Kebanyakan blog diterbitkan pada pelayan web awam melalui perkhidmatan percuma seperti Blogger. 

   Sejak penerbitan web tidak memerlukan bahan-bahan fizikal seperti kertas dan dakwat, ia kos hampir apa-apa untuk menerbitkan kandungan di web. Oleh itu, sesiapa yang mempunyai tiga syarat di atas boleh menjadi penerbit web. Selain itu, penonton adalah terbatas kerana kandungan yang disiarkan di web boleh dilihat oleh sesiapa sahaja di dunia dengan sambungan internet. Ini kelebihan penerbitan web yang telah membawa kepada era baru penerbitan peribadi yang tidak mungkin dilakukan sebelumnya. 

  Pos kemas kini di laman web rangkaian sosial seperti Facebook dan Twitter secara umumnya tidak dianggap penerbitan web. Sebaliknya, penerbitan web secara amnya merujuk kepada memuat naik kandungan untuk laman web yang unik.



4. Desktop Publishing
   
    Desktop publishing adalah proses menggunakan komputer dan khusus jenis-jenis perisian untuk menggabungkan teks dan karya seni untuk menghasilkan dokumen yang diformat dengan betul untuk media cetak, web, atau peranti mudah seperti surat berita, risalah, buku-buku, kad perniagaan, laman web, kad ucapan, surat, pembungkusan, papan tanda dan lain-lain. 

   Proses desktop publishing bekerja dengan kedua-kedua pereka grafik dan bukan pereka untuk mewujudkan komunikasi visual untuk mencetak digital komersial, percetakan pada mesin cetak, atau untuk mencetak desktop di rumah atau di pejabat. Walaupun desktop publishing boleh merangkumi segala-galanya daripada reka bentuk awal untuk percetakan dan penghantaran produk siap, bahagian-bahagian teras desktop publishing adalah susun atur halaman dan komposisi teks dan prepress atau tugas digital penyediaan fail. 




5. Kewartawanan  Rakyat ( citizen journalism)

    Kewartawanan rakyat merujuk kepada laporan berita oleh orang ramai menggunakan internet untuk menyebarkan maklumat. Kewartawanan rakyat boleh menjadi laporan mudah fakta dan berita yang sebahagian besarnya diabaikan oleh syarikat-syarikat media yang besar. Ia mudah merebak melalui web peribadi, blog, mikroblog, media sosial dan sebagainya. Sesetengah jenis kewartawanan rakyat juga bertindak sebagai pemeriksaan terhadap laporan berita yang lebih besar dengan menyediakan analisis alternatif. 

   

6. POD (print-on-demand) 



    POD merujuk kepada teknologi percetakan digital yang membolehkan satu atau dua naskhah buku yang akan dicetak pada satu masa, mendispens dengan mengorbankan buku pergudangan. Ia juga membolehkan penerbit atau pengarang buku telah dicetak hanya kerana mereka yang diperintahkan, yang bermaksud bahawa pada akhir tahun ini penerbit tidak menghadapi pulangan yang mahal daripada kedai-kedai buku. Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, kualiti POD buku-buku telah meningkat kepada tahap bahawa sering terdapat sedikit perbezaan antara mereka dan purata buku cetak tradisional.