Tuesday, 4 November 2014

TUGASAN KUMPULAN - PENULISAN BIOGRAFI TOKOH TEMPATAN

PROSES PENCARIAN TOKOH TEMPATAN

         Ahli kumpulan saya terdiri daripada tiga orang iaitu saya, Sabariah Binti Isa, Fatin Nur Wahida dan Noor Adibah Azlan. Pencarian tokoh bagi kumpulan kami dimulakan dengan memilih pensyarah universiti sebagai tokoh pilihan kami untuk tugasan berkumpulan ini. Kami memilih pensyarah di Universiti Utara Malaysia (UUM) sebagai tokoh kerana kami juga merupakan pelajar disini dan mudah untuk kami menemui atau mewawancara beliau. 

         Pada mulanya, kami ingin memilih pensyarah yang bernama Dr Shafie iaitu penyarah yang mengajar untuk kursus Pengurusan Pembangunan. Sebelum pemilihan tokoh berkenaan dipilih, kami bertanyakan kepada Dr Rohizah Halim, iaitu penyarah Pengantar Penulisan kami mengenai tokoh yang bakal dipilih. Beliau menyatakan bahawa seseorang tokoh yang bakal dipilih perlu mempunyai ciri-ciri keistimewaan yang tersendiri atau mempunyai perbezaan dan keunikan berbanding orang lain. Setelah berbincang sesama ahli kumpulan, kami beralih arah daripada memilih Dr. Shafie sebagai tokoh kepada mencari tokoh yang lain. 


           Setelah berminggu-minggu memikir dan mencari tokoh, akhirnya kami mengambil keputusan memilih individu iaitu seorang peniaga kedai makan yang berjaya di kampung beliau. Tokoh tersebut ialah Puan Rokiah, pemilik Restoran Pohon Tanjung. Hari berganti hari dan sudah tiba minggu pembentangan tugasan berkumpulan. Segalanya berjalan lancar namun kami perlu memperbaiki lagi tugasan kami. 


PN. ROKIAH

        Kami memilih beliau sebagai tokoh pilihan kami kerana beliau menunjukkan kegigihan beliau dalam menjalani kehidupan beliau. Pn. Rokiah berasal dari Myamar. Beliau telah berusaha bersungguh-sungguh untuk menjadi seorang peniaga yang berjaya. Setelah membuat pembentangan mengenai beliau terdapat masalah yang timbul, iaitu kami hanya menceritakan sejarah restoran tersebut, sebab-sebab pemilihan beliau sebagai tokoh dan latar belakang mengenai beliau. 

        Dr Rohizah memberi komen bahawa apakah tema yang diambil dan kami perlu menunjukkan atau membuktikan kelebihan yang ada pada tokoh tersebut. Kami menjawab persoalan beliau dengan menyatakan bahawa tema yang kami pilih adalah tema kegigihan. Kami berpendapat bahawa beliau gigih berusaha untuk mencari rezeki dengan membina perniagaan walaupun berada di negara orang. Dr. Rohizah juga mengatakan kami perlu menceritakan mengapa beliau begitu gigih membina perniagaan dan kami perlu menceritakan kehidupan beliau di Myanmar serta mengapa beliau berhijrah ke Malaysia.   Namun, semua ini menyulitkan kami kerana tokoh yang kami pilih ini tidak memberi kerjasama dalam menceritakan kisah hidup beliau semasa di Myanmar. Oleh itu, kami bersama-sama mengambil keputusan untuk menukar tokoh sekali lagi.


No comments:

Post a Comment