Wednesday, 17 December 2014

TUGASAN ILMIAH: PATRIOTISME

PATRIOTISME DAN PERISTIWA: BUKAN SEKADAR SIMBOLIK



PROSES PENULISAN
            Tema yang diberikan untuk tugasan individu ini ialah 'patriotisme'. Menurut Kamus Dewan edisi keempat, Patriotisme berasal daripada bahasa Greek iaitu patriotes yang bermaksud fellow countrymen, iaitu rakan senegara dan patrice yang bermakna fatherland atau country, iaitu tanah air atau negara. Ini membawa pengertian individu atau kumpulan yang berada di hadapan dalam usaha membela tanah air. Seorang patriot dikatakan sebagai seorang yang cintakan negaranya dan akan membuat apa sahaja untuk mempertahankannya. Patriot bermaksud orang yang mempertahankan kebebasan atau hak tanah air atau pembela negara. 
            Dalam tugasan ini, saya menyatakan tentang semangat patriotisme yang dapat dilihat daripada pelbagai aspek, tingkah laku, tindakan dan sebagainya. Semangat patriotisme dapat dilihat dalam diri pahlawan-pahlawan, pejuang tanah air, anggota keselamatan dan juga dalam diri seorang atlet. Nilai patriotisme yang menjadi sebahagian daripada nilai murni,sekiranya dapat dijiwai dan diamalkan sebaik mungkin, akan dapat menyumbang ke arah pembentukan generasi muda berhemah tinggi dan berakhlak mulia.
         Penulisan ini dimulakan dengan pengenalan tentang patriotisme dan menceritaan dengan ringkas tentang isi atau perbincangan yang berkaitan tajuk yang saya pilih. Seterusnya adalah definisi patriotisme daripada sumber yang berlainan. Isi atau perbincangan yang pertama dengan semangat patriotisme yang ada dalam diri pahlwan dahulu iaitu Rentap. Perbincangan seterusnya mengenai nilai patriotisme yang ditunjukkan oleh pasukan keselamatan negara. Selain daripada nilai patriotisme yang dapat dilihat dalam diri pahlawan, pejuang tanah air dan anggota keselamatan negara, patriotisme juga dapat dilihat dalam diri seorang atlet. Sukan juga sebenarnya mampu memupuk semangat cinta akan negara ini. Kesimpulan yang saya dapat daripada tugasan ini ialah semangat patriotisme perlu dipupuk atau diterapkan lagi dalam diri setiap individu, khasnya remaja kerana remaja merupakan aset yang penting dalam membina negara bangsa maju dan sejahtera. Rakyat negara ini perlu mengambil iktibar daripada peristiwa-peristiwa yang berlaku dan mengambil contoh semangat yang ditunjukkan oleh pejuang negara. Sesungguhnya, patriotisme perlu dijiwai, bukan sekadar simbolik. 








No comments:

Post a Comment