Kursus SBLM1023 PENGANTAR PENULISAN ini sangat bagus kepada pelajar-pelajar kerana kursus ini akan membantu memperbaiki gaya penulisan pelajar. Silibus-silibus yang ada dalam kursus ini mendedahkan kepada pelajar tentang kaedah dan strategi menulis, penggunaan tanda baca, penggunaan bahasa yang betul, peraturan bahasa, tatabahasa, jenis-jenis penulisan, pemerengganan dan teknik menstruktur idea, reka bentuk penukisan dan juga penggunaan bahan rujukan.
Kaedah pembelajaran dan pengajaran kursus ini juga bagus kerana melibatkan kuliah, perbincangan, latihan menulis dan juga pembentangan. Latihan menulis diberikan untuk ditulis didalam blog. Hal ini akan membantu pelajar untuk mengasah bakat penulisan yang ada dan sekaligus akan menghasilkan penulisan yang bermutu.
Pentaksiran yang bergantung kerja kursus 100% juga membuatkan pelajar fokus semasa kuliah dijalankan. Pelajar perlu menghasilkan kerja kursus yang baik untuk mendapatkan markah yang tinggi. Pentaksiran kursus ini yang tidak mempunyai peperiksaan akhir membuatkan pelajar menumpukan sepenuhnya perhatian terhadap kerja kursus.
Pemilihan tajuk kerja kursus, cara pembelajaran dan juga penggunaan bahan pembelajaran sangat penting dalalm penambahbaikan kursus Pengantar Penulisan ini.
No comments:
Post a Comment