Wednesday, 17 December 2014

TUGASAN ILMIAH: PATRIOTISME

PATRIOTISME DAN PERISTIWA: BUKAN SEKADAR SIMBOLIK



PROSES PENULISAN
            Tema yang diberikan untuk tugasan individu ini ialah 'patriotisme'. Menurut Kamus Dewan edisi keempat, Patriotisme berasal daripada bahasa Greek iaitu patriotes yang bermaksud fellow countrymen, iaitu rakan senegara dan patrice yang bermakna fatherland atau country, iaitu tanah air atau negara. Ini membawa pengertian individu atau kumpulan yang berada di hadapan dalam usaha membela tanah air. Seorang patriot dikatakan sebagai seorang yang cintakan negaranya dan akan membuat apa sahaja untuk mempertahankannya. Patriot bermaksud orang yang mempertahankan kebebasan atau hak tanah air atau pembela negara. 
            Dalam tugasan ini, saya menyatakan tentang semangat patriotisme yang dapat dilihat daripada pelbagai aspek, tingkah laku, tindakan dan sebagainya. Semangat patriotisme dapat dilihat dalam diri pahlawan-pahlawan, pejuang tanah air, anggota keselamatan dan juga dalam diri seorang atlet. Nilai patriotisme yang menjadi sebahagian daripada nilai murni,sekiranya dapat dijiwai dan diamalkan sebaik mungkin, akan dapat menyumbang ke arah pembentukan generasi muda berhemah tinggi dan berakhlak mulia.
         Penulisan ini dimulakan dengan pengenalan tentang patriotisme dan menceritaan dengan ringkas tentang isi atau perbincangan yang berkaitan tajuk yang saya pilih. Seterusnya adalah definisi patriotisme daripada sumber yang berlainan. Isi atau perbincangan yang pertama dengan semangat patriotisme yang ada dalam diri pahlwan dahulu iaitu Rentap. Perbincangan seterusnya mengenai nilai patriotisme yang ditunjukkan oleh pasukan keselamatan negara. Selain daripada nilai patriotisme yang dapat dilihat dalam diri pahlawan, pejuang tanah air dan anggota keselamatan negara, patriotisme juga dapat dilihat dalam diri seorang atlet. Sukan juga sebenarnya mampu memupuk semangat cinta akan negara ini. Kesimpulan yang saya dapat daripada tugasan ini ialah semangat patriotisme perlu dipupuk atau diterapkan lagi dalam diri setiap individu, khasnya remaja kerana remaja merupakan aset yang penting dalam membina negara bangsa maju dan sejahtera. Rakyat negara ini perlu mengambil iktibar daripada peristiwa-peristiwa yang berlaku dan mengambil contoh semangat yang ditunjukkan oleh pejuang negara. Sesungguhnya, patriotisme perlu dijiwai, bukan sekadar simbolik. 








Saturday, 13 December 2014

SBLM1023 PENGANTAR PENULISAN

          Kursus SBLM1023 PENGANTAR PENULISAN ini sangat bagus kepada pelajar-pelajar kerana kursus ini akan membantu memperbaiki gaya penulisan pelajar. Silibus-silibus yang ada dalam kursus ini mendedahkan kepada pelajar tentang  kaedah dan strategi menulis, penggunaan tanda baca, penggunaan bahasa yang betul, peraturan bahasa, tatabahasa, jenis-jenis penulisan, pemerengganan dan teknik menstruktur idea, reka bentuk penukisan dan juga penggunaan bahan rujukan. 
       Kaedah pembelajaran dan pengajaran kursus ini juga bagus kerana melibatkan kuliah, perbincangan, latihan menulis dan juga pembentangan. Latihan menulis diberikan untuk ditulis didalam blog. Hal ini akan membantu pelajar untuk mengasah bakat penulisan yang ada dan sekaligus akan menghasilkan penulisan yang bermutu. 
   Pentaksiran yang bergantung kerja kursus 100% juga membuatkan pelajar fokus semasa kuliah dijalankan. Pelajar perlu menghasilkan kerja kursus yang baik untuk mendapatkan markah yang tinggi. Pentaksiran kursus ini yang tidak mempunyai peperiksaan akhir membuatkan pelajar menumpukan sepenuhnya perhatian terhadap kerja kursus. 
     Pemilihan tajuk kerja kursus, cara pembelajaran dan juga penggunaan bahan pembelajaran sangat penting dalalm penambahbaikan kursus Pengantar Penulisan ini.

FORMAT AMERICAN PSYCHOLOGICAL ASSOCIATION (APA)

Format APA adalah gaya manual pilihan bagi penulis, editor, pelajar dan pendidik dalam bidang sains sosial dan tingkahlaku. Ia memberi panduan yang tidak ternilai keatas semua aspek dalam proses penulisan. Format APA juga terkenal untuk membuat rujukan dan sistem petikan yang berwibawa dan mudah untuk digunakan. Manual penerbitan juga menawarkan panduan untuk melilih tajuk, jadual, rajah dan nada yang akan menyebabkan saintifik yang kukuh, mudah dan elegen. 

Cara Menulis Senarai Rujukan Mengikut Format APA 
Maklumat yang perlu dicatatkan :
1. Nama penulis
2. Tahun terbit (dalam tanda kurungan)
3. Judul bahan
4. Maklumat tambahan 
5. Tempat terbit
6. Nama penerbit

Cara Penulisan 
1. Nama penulis, editor atau penyusunan diikuti dengan tanda noktah (.).
2. Tahun terbit dalam kurungan dan diikuti dengan tanda noktah.
3. Judul hendaklah dicondongkan dan diikuti dengan tanda noktah. 
4. Jilid, diikuti dengan tanda noktah.
5. Edisi dan cetakan dalam kurungan dan diikuti dengan tanda noktah.
6. Tempat terbit diikuti dengan tanda titik bertindih.
7. Nama penerbit diikuti tanda noktah.
8. Nama penterjemah, diikuti dengan tanda noktah.
9. Judul penerbitan berkala,diikuti dengan tanda noktah. 
10. Kata singkatan 'hlm' digunakan untuk halaman.
11. Bilangan siri jika berkaitan, diikuti dengan tanda noktah. 

Panduan ringkas penyediaan senarai rujukan
1. Mulakan dengan halaman baru.
2. Taip perkataan "Rujukan" di bahagian tengah dan atas halaman tersebut.
3. Langkau satu atau dua baris antara kemasukan.
4. Jangan nomborkan senarai rujukan.
5. Baris kedua setiap kemasukan, anjak 5 atau 6 ruang.
6. Tajuk buku, nama jurnal ditalikkan.
7. Bagi pengarang barat, nama keluarga didahulukan.
8. Susun nama pengarang mengikut abjad.
9. Dahulukan buku yang ditulis bersendirian berbanding buku yang ditulis bersama.
10. Bagi penulis yang sama, dahulukan buku terawal - ikut kronologi.
11. Susun berdasarkan abjad tajik jika pengarang dan tahun sama.

CONTOH :








PROSES PENULISAN TUGASAN KUMPULAN

          Setelah mengambil keputusan untuk menukar tema dan tokoh, kami sekumpulan mencari tokoh yang lain untuk tugasan kumpulan ini. Setelah puas memikirkan tokoh yang hendak dipilih, akhirnya kami sepakat mengambil Puan Khatijah binti Saad sebagai tokoh untuk tugasan ini. Beliau tinggal di Melaka dan kami sangat sukar untuk bertemu beliau. Kami tidak berpeluang untuk bertemu beliau selalu. Kami memilih tema ibu mithali untuk mengambarkan kegigihan Puan Khadijah.                  
        Pelbagai cara kami lakukan untuk mendapatkan maklumat daripada beliau, termasuklah berhubung melalui telefon kerana jarak jauh. Kegigihan dan keupayaan Puan Khatijah dan suami mendidik anak-anak mereka sehingga berjaya atau mampu berada dimenara gading membuatkan kami tertarik untuk mengambil beliau sebagai tokoh tugasan kami. Setelah bahan-bahan dikumpulkan, kami menyiapkan tugasan kami bersama-sama dam akhirnya kami berjaya menghantar tugasan kami pada masa yang telah ditetapkan.  

Tuesday, 4 November 2014

TUGASAN KUMPULAN - PENULISAN BIOGRAFI TOKOH TEMPATAN

PROSES PENCARIAN TOKOH TEMPATAN

         Ahli kumpulan saya terdiri daripada tiga orang iaitu saya, Sabariah Binti Isa, Fatin Nur Wahida dan Noor Adibah Azlan. Pencarian tokoh bagi kumpulan kami dimulakan dengan memilih pensyarah universiti sebagai tokoh pilihan kami untuk tugasan berkumpulan ini. Kami memilih pensyarah di Universiti Utara Malaysia (UUM) sebagai tokoh kerana kami juga merupakan pelajar disini dan mudah untuk kami menemui atau mewawancara beliau. 

         Pada mulanya, kami ingin memilih pensyarah yang bernama Dr Shafie iaitu penyarah yang mengajar untuk kursus Pengurusan Pembangunan. Sebelum pemilihan tokoh berkenaan dipilih, kami bertanyakan kepada Dr Rohizah Halim, iaitu penyarah Pengantar Penulisan kami mengenai tokoh yang bakal dipilih. Beliau menyatakan bahawa seseorang tokoh yang bakal dipilih perlu mempunyai ciri-ciri keistimewaan yang tersendiri atau mempunyai perbezaan dan keunikan berbanding orang lain. Setelah berbincang sesama ahli kumpulan, kami beralih arah daripada memilih Dr. Shafie sebagai tokoh kepada mencari tokoh yang lain. 


           Setelah berminggu-minggu memikir dan mencari tokoh, akhirnya kami mengambil keputusan memilih individu iaitu seorang peniaga kedai makan yang berjaya di kampung beliau. Tokoh tersebut ialah Puan Rokiah, pemilik Restoran Pohon Tanjung. Hari berganti hari dan sudah tiba minggu pembentangan tugasan berkumpulan. Segalanya berjalan lancar namun kami perlu memperbaiki lagi tugasan kami. 


PN. ROKIAH

        Kami memilih beliau sebagai tokoh pilihan kami kerana beliau menunjukkan kegigihan beliau dalam menjalani kehidupan beliau. Pn. Rokiah berasal dari Myamar. Beliau telah berusaha bersungguh-sungguh untuk menjadi seorang peniaga yang berjaya. Setelah membuat pembentangan mengenai beliau terdapat masalah yang timbul, iaitu kami hanya menceritakan sejarah restoran tersebut, sebab-sebab pemilihan beliau sebagai tokoh dan latar belakang mengenai beliau. 

        Dr Rohizah memberi komen bahawa apakah tema yang diambil dan kami perlu menunjukkan atau membuktikan kelebihan yang ada pada tokoh tersebut. Kami menjawab persoalan beliau dengan menyatakan bahawa tema yang kami pilih adalah tema kegigihan. Kami berpendapat bahawa beliau gigih berusaha untuk mencari rezeki dengan membina perniagaan walaupun berada di negara orang. Dr. Rohizah juga mengatakan kami perlu menceritakan mengapa beliau begitu gigih membina perniagaan dan kami perlu menceritakan kehidupan beliau di Myanmar serta mengapa beliau berhijrah ke Malaysia.   Namun, semua ini menyulitkan kami kerana tokoh yang kami pilih ini tidak memberi kerjasama dalam menceritakan kisah hidup beliau semasa di Myanmar. Oleh itu, kami bersama-sama mengambil keputusan untuk menukar tokoh sekali lagi.


PENGANTAR PENULISAN 2

BAB 2 : KEPENTINGAN BAHASA DALAM PENULISAN

2.1 PERATURAN BAHASA DAN KEPENTINGANNYA DALAM PENULISAN


2.1.1 PENGGUNAAN KATA PEMERI


  • Ialah. Penggunaan kata pemeri ialah secara persamaan atau ekuatif hadir di hadapan frasa nama.
  • Adalah. Penggunaan kata pemeri adalah secara huraian atau kualitatif hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama.

2.1.2 PENGGUNAAN KATA SENDI DI, DALAM, DARI, DARIPADA
  • DI
SENDI NAMA DI
AWALAN DI-
Di makam
dimakamkan
Di penjara
dipenjarakan
Di atas
diatasi

  • DALAM
Lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak.
  1. Dalam hal ini, kita semua patut bersetuju.
  2. Kita harus fasih bertutur dalam bahasa kebangsaan kita. 

  • DARI
Menunjukkan tempat. 

KATA SENDI DARI
CONTOH
Menunjukkan :
1.      tempat


dari ibu pejabat
2.      arah
dari selatan
3.      kedudukan tempat
dari bawah tanah
4.      nama konkrit
dari rumah ke pejabat
5.      kata bantu bagi tempat
dari seluruh negara

Menunjukkan masa atau waktu.
Contoh :
  1. Dari pukul 10.35 pagi
  2. Dari zaman dahulu

  • DARIPADA
KATA SENDI DARIPADA
CONTOH
         1. untuk orang
 Wang tersebut diterima daripada Aminah
2. kata nama abstrak
 Dia mendapat manfaat daripada nasihat bapanya
3.      asal kejadian
 Baju itu diperbuat daripada kain sifon
4.      perbandingan
 Buku merah ini lebih tebal daripada buku biru itu



2.1.3 PENGGUNAAN IMBUHAN

PERUBAHAN GOLONGAN KATA


KATA KERJA
KATA NAMA
melaksanakan
pelaksanaan
mempelawa
pelawaan
melantik
pelantikan
mendalamkan
pendalaman
melawan
pelawanan
berlawan
perlawanan
membicarakan
pembicaraan
berbicara
perbicaraan
berbincang
perbincangan



2.1.4 EJAAN KATA TERBITAN

IMBUHAN ASING
adi                                        : adikarya, adikuasa
bi                                          : bilazim, bitara, biadab
dasa                                      : dasawarsa, dasalumba
dwi                                       : dwibahasa, dwihala, dwibulanan
eka                                        : ekabahasa, ekasuku, ekafungsi
panca                                    : pancaindera, pancaragam
pasca                                     : pascamerdeka, pascatuai, pasca-9/11, pasca-Mei 13
pra                                         : prasejarah, pratonton, prakata
pramu                                    : pramugari, pramusaji
swa                                        : swalayan, swaserap
tri                                           : trihuruf, trikaki
tata                                         : tatabahasa, tatatertib, tatabsusila, tatabuku
man                                        : budiman, seniman
-ah, -in, -at                             : ustazah, hadirin, hadirat                         


RANGKAI KATA
Eja berasingan

  • jalan raya, alat tulis, kereta api, warga kota, sari kata, urus setia, pilihan raya, sama ada, atur cara, guna pakai, tengah hari, maklum balas, terima pakai, ambil maklum.

Eja rapat (kecualian)

  • kerjasama, kakitangan, sukarela, matahari, setiausaha, warganegara, antarabangsa, bumiputera, suruhanjaya, pesuruhjaya, tandatangan, tanggungjawab, jawatankuasa, olahraga.

Eja bersempangan (kata ganda)

  • serta-merta, surat-menyurat, buah-buahan, kuih-muih, sayur-sayuran, mandi-manda, tolong-menolong, gunung-ganang, saudara-mara.

Eja rangkai kata dengan imbuhan 

  • menandatangani, bekerjasama, menyusun atur, mengambil maklum, mereka bentuk, mengenal pasti, pengambilalihan, keurussetiaan, pengenalpastian, pengemaskinian, mengemas kini.

Eja rangkai kata digandakan

  • Ejaan berasingan - gandakan unsur pertama; jalan-jalan raya, alat-alat tulis, pegawai-pegawai kanan, Menter-Menteri Besar, naib-nain pengerusi.
  • Ejaan rapat - gandakan seluruh kata; setiausaha-setiausaha, warganegara-warganegara, jawatankuasa-jawatankuasa, bumiputera-bumiputera. 

2.1.5 PENGGUNAAN TANDA BACA
  • TANDA NOKHTAH
  • TANDA KOMA
  • TANDA KOMA BERTITIK
  • TANDA PISAH ( _ )
  • TANDA SEMPANG (-)
  • TANDA TITIK BERTINDIH ( : )



Monday, 3 November 2014

SBLM 1023 PENGANTAR PENULISAN 1

BAB 1 : PENGENALAN KEPADA PENULISAN


1.1 KONSEP PENULISAN


  • Satu aktiviti yang melibatkan pemikiran (mental) dan perasaan (psikologikal).
  • Satu proses berterusan dalam usaha menyampaikan pemikiran dan perasaan penulis.
  • Satu hasil (produk) yng dibaca dan difahami yang mungkin juga melibatkan tindak balas tertentu.

1.1.1 KELEBIHAN MENULIS

  • Mengetahui kemampuan dan potensi diri.
  • Meningkatkan kemahiran manaakul dengan lebih kritis.
  • Memperluas dan memperdalam wawasan tentang isu yang dipaparkan.
  • Sesuatu idea dapat dinilai dengan lebih objektif.
  • Memudahkan usaha memecahkan permasalahan.
  • Mendorong pembelajaran secara aktif.
  • Meningkatkan daya kecekapan berfikir secara kritis dan kreatif.

1.1.2 KONSEP-KONSEP PENTING DALAM PENULISAN

  1. Retorik
  2. Wacana
  3. Teks dan Karya


1.2 TUJUAN PENULISAN 

  1. Penugasan
  2. Altuistik
  3. Pemujukan
  4. Penerangan
  5. Penyataan diri
  6. Kreatif
  7. Penyelesaian masalah


1.3 ELEMEN DALAM PENULISAN

Woodson (1982)

1. Penulis
  • berpengetahuan
  • berfikiran logik
  • berperikemanusiaan
  • matang
  • baik
  • boleh menunjukkan sifat peribadi atau sebaliknya terhadap topik atau tajuk penulisan 
2. Pembaca
Terdapat 3 jenis pembaca;
  • pembaca yang dikenal pasti
  • pembaca umum
  • pembaca yang sukar dipengaruhi
3. Mesej
  • idea utama yang disampaikan penulis
  • mesti bersesuaian dengan tujuan penulisan
  • mesej/idea akan berjaya disampaikan sekiranya mengambil kira ciri-ciri seperti susunan yang logik, makna yang jelas, tatabahasa yang betul, gaya penyampaian yang menarik dan pertautan yang utuh.

Winterowd (1975)




konteks

mesej

Penyampai   -------------------------------Penerima

hubungan

kod




1.4 JENIS PENULISAN
  1. Penulisan ilmiah
  2. Penulisan kreatif
  3. Penulisan popular