Wednesday, 17 December 2014

TUGASAN ILMIAH: PATRIOTISME

PATRIOTISME DAN PERISTIWA: BUKAN SEKADAR SIMBOLIK



PROSES PENULISAN
            Tema yang diberikan untuk tugasan individu ini ialah 'patriotisme'. Menurut Kamus Dewan edisi keempat, Patriotisme berasal daripada bahasa Greek iaitu patriotes yang bermaksud fellow countrymen, iaitu rakan senegara dan patrice yang bermakna fatherland atau country, iaitu tanah air atau negara. Ini membawa pengertian individu atau kumpulan yang berada di hadapan dalam usaha membela tanah air. Seorang patriot dikatakan sebagai seorang yang cintakan negaranya dan akan membuat apa sahaja untuk mempertahankannya. Patriot bermaksud orang yang mempertahankan kebebasan atau hak tanah air atau pembela negara. 
            Dalam tugasan ini, saya menyatakan tentang semangat patriotisme yang dapat dilihat daripada pelbagai aspek, tingkah laku, tindakan dan sebagainya. Semangat patriotisme dapat dilihat dalam diri pahlawan-pahlawan, pejuang tanah air, anggota keselamatan dan juga dalam diri seorang atlet. Nilai patriotisme yang menjadi sebahagian daripada nilai murni,sekiranya dapat dijiwai dan diamalkan sebaik mungkin, akan dapat menyumbang ke arah pembentukan generasi muda berhemah tinggi dan berakhlak mulia.
         Penulisan ini dimulakan dengan pengenalan tentang patriotisme dan menceritaan dengan ringkas tentang isi atau perbincangan yang berkaitan tajuk yang saya pilih. Seterusnya adalah definisi patriotisme daripada sumber yang berlainan. Isi atau perbincangan yang pertama dengan semangat patriotisme yang ada dalam diri pahlwan dahulu iaitu Rentap. Perbincangan seterusnya mengenai nilai patriotisme yang ditunjukkan oleh pasukan keselamatan negara. Selain daripada nilai patriotisme yang dapat dilihat dalam diri pahlawan, pejuang tanah air dan anggota keselamatan negara, patriotisme juga dapat dilihat dalam diri seorang atlet. Sukan juga sebenarnya mampu memupuk semangat cinta akan negara ini. Kesimpulan yang saya dapat daripada tugasan ini ialah semangat patriotisme perlu dipupuk atau diterapkan lagi dalam diri setiap individu, khasnya remaja kerana remaja merupakan aset yang penting dalam membina negara bangsa maju dan sejahtera. Rakyat negara ini perlu mengambil iktibar daripada peristiwa-peristiwa yang berlaku dan mengambil contoh semangat yang ditunjukkan oleh pejuang negara. Sesungguhnya, patriotisme perlu dijiwai, bukan sekadar simbolik. 








Saturday, 13 December 2014

SBLM1023 PENGANTAR PENULISAN

          Kursus SBLM1023 PENGANTAR PENULISAN ini sangat bagus kepada pelajar-pelajar kerana kursus ini akan membantu memperbaiki gaya penulisan pelajar. Silibus-silibus yang ada dalam kursus ini mendedahkan kepada pelajar tentang  kaedah dan strategi menulis, penggunaan tanda baca, penggunaan bahasa yang betul, peraturan bahasa, tatabahasa, jenis-jenis penulisan, pemerengganan dan teknik menstruktur idea, reka bentuk penukisan dan juga penggunaan bahan rujukan. 
       Kaedah pembelajaran dan pengajaran kursus ini juga bagus kerana melibatkan kuliah, perbincangan, latihan menulis dan juga pembentangan. Latihan menulis diberikan untuk ditulis didalam blog. Hal ini akan membantu pelajar untuk mengasah bakat penulisan yang ada dan sekaligus akan menghasilkan penulisan yang bermutu. 
   Pentaksiran yang bergantung kerja kursus 100% juga membuatkan pelajar fokus semasa kuliah dijalankan. Pelajar perlu menghasilkan kerja kursus yang baik untuk mendapatkan markah yang tinggi. Pentaksiran kursus ini yang tidak mempunyai peperiksaan akhir membuatkan pelajar menumpukan sepenuhnya perhatian terhadap kerja kursus. 
     Pemilihan tajuk kerja kursus, cara pembelajaran dan juga penggunaan bahan pembelajaran sangat penting dalalm penambahbaikan kursus Pengantar Penulisan ini.

FORMAT AMERICAN PSYCHOLOGICAL ASSOCIATION (APA)

Format APA adalah gaya manual pilihan bagi penulis, editor, pelajar dan pendidik dalam bidang sains sosial dan tingkahlaku. Ia memberi panduan yang tidak ternilai keatas semua aspek dalam proses penulisan. Format APA juga terkenal untuk membuat rujukan dan sistem petikan yang berwibawa dan mudah untuk digunakan. Manual penerbitan juga menawarkan panduan untuk melilih tajuk, jadual, rajah dan nada yang akan menyebabkan saintifik yang kukuh, mudah dan elegen. 

Cara Menulis Senarai Rujukan Mengikut Format APA 
Maklumat yang perlu dicatatkan :
1. Nama penulis
2. Tahun terbit (dalam tanda kurungan)
3. Judul bahan
4. Maklumat tambahan 
5. Tempat terbit
6. Nama penerbit

Cara Penulisan 
1. Nama penulis, editor atau penyusunan diikuti dengan tanda noktah (.).
2. Tahun terbit dalam kurungan dan diikuti dengan tanda noktah.
3. Judul hendaklah dicondongkan dan diikuti dengan tanda noktah. 
4. Jilid, diikuti dengan tanda noktah.
5. Edisi dan cetakan dalam kurungan dan diikuti dengan tanda noktah.
6. Tempat terbit diikuti dengan tanda titik bertindih.
7. Nama penerbit diikuti tanda noktah.
8. Nama penterjemah, diikuti dengan tanda noktah.
9. Judul penerbitan berkala,diikuti dengan tanda noktah. 
10. Kata singkatan 'hlm' digunakan untuk halaman.
11. Bilangan siri jika berkaitan, diikuti dengan tanda noktah. 

Panduan ringkas penyediaan senarai rujukan
1. Mulakan dengan halaman baru.
2. Taip perkataan "Rujukan" di bahagian tengah dan atas halaman tersebut.
3. Langkau satu atau dua baris antara kemasukan.
4. Jangan nomborkan senarai rujukan.
5. Baris kedua setiap kemasukan, anjak 5 atau 6 ruang.
6. Tajuk buku, nama jurnal ditalikkan.
7. Bagi pengarang barat, nama keluarga didahulukan.
8. Susun nama pengarang mengikut abjad.
9. Dahulukan buku yang ditulis bersendirian berbanding buku yang ditulis bersama.
10. Bagi penulis yang sama, dahulukan buku terawal - ikut kronologi.
11. Susun berdasarkan abjad tajik jika pengarang dan tahun sama.

CONTOH :








PROSES PENULISAN TUGASAN KUMPULAN

          Setelah mengambil keputusan untuk menukar tema dan tokoh, kami sekumpulan mencari tokoh yang lain untuk tugasan kumpulan ini. Setelah puas memikirkan tokoh yang hendak dipilih, akhirnya kami sepakat mengambil Puan Khatijah binti Saad sebagai tokoh untuk tugasan ini. Beliau tinggal di Melaka dan kami sangat sukar untuk bertemu beliau. Kami tidak berpeluang untuk bertemu beliau selalu. Kami memilih tema ibu mithali untuk mengambarkan kegigihan Puan Khadijah.                  
        Pelbagai cara kami lakukan untuk mendapatkan maklumat daripada beliau, termasuklah berhubung melalui telefon kerana jarak jauh. Kegigihan dan keupayaan Puan Khatijah dan suami mendidik anak-anak mereka sehingga berjaya atau mampu berada dimenara gading membuatkan kami tertarik untuk mengambil beliau sebagai tokoh tugasan kami. Setelah bahan-bahan dikumpulkan, kami menyiapkan tugasan kami bersama-sama dam akhirnya kami berjaya menghantar tugasan kami pada masa yang telah ditetapkan.