Saturday, 25 October 2014

AUTOBIOGRAFI

SABARIAH
234333
AUTOBIOGRAFI DIRI KU


          Nama lengkap saya ialah Sabariah binti Isa. Nama panggilan saya dalam kalangan rakan-rakan ialah Saba dan panggilan dalam keluarga ialah Midek, iaitu daripada panggilan Adik. Saya sangat bersyukur kerana ibu bapa saya memberi nama kepada saya dengan maksud nama yang baik-baik. Sabariah bererti kesabaran. Saya berumur 20 tahun. Saya dilahirkan pada 19 Februari 1994 di Pulau Pekan, Pekan Pahang. Tempat tinggal sejak berusia tujuh bulan sehingga kini adalah di Kampung Baru Pulau Keladi, 26600 Pekan, Pahang Darul Makmur. Saya beragama Islam. Berat badan saya adalah 42 kg dan mempunyai ketinggian 154 sentimeter. Warna kegemaran saya adalah warna biru dan merah. Hobi saya banyak dan salah satunya adalah saya suka membaca. Saya tidak memilih jenis bahan bacaan. Sesuatu bahan bacaan yang menarik perhatian saya, saya akan membacanya. 

     Bapa saya bernama Isa bin Sulaiman dan ibu saya bernama Rohani binti Abdul Karim. Bapa saya bekerja sendiri sahaja. Banyak pekerjaan yang telah dilakukan oleh bapa saya demi membesarkan anak-anak. Contohnya seperti menjadi pekerja ladang sawit, buruh kasar, dan menternak ikan sangkar di Sungai Pahang. Ibu saya pula menguruskan kedai makan dikampung. Kampung saya terletak ditepi atau dilaluan Sungai Pahang. Oleh itu, hampir kesemua ketua keluarga di kampung saya menjalankan aktiviti menternak ikan disamping mencari sumber rezeki yang lain juga. Namun, ramai juga anak-anak muda kampung saya yang menceburi bidang ini, termasuk abang-abang saya. Ikan-ikan yang diternak di sini mendapat permintaan daripada restoran-restoran dibandar-bandar besar seperti di Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Ampang, Ipoh, Johor Bahru dan sebagainya. 

          Saya dari keluarga yang besar dan merupakan anak ketujuh daripada sembilan bersaudara. Namun salah seorang abang saya telah meninggal dunia pada usia arwah 15 tahun. Kini adik-beradik saya adalah lapan orang, empat lelaki dan empat perempuan. Kakak sulung saya bekerja sebagai Juru X-ray dan telah berkahwin dengan seorang askar di Pulau Pinang. Mereka telah dikurniakan dua cahaya mata. Selepas itu,abang saya pula mendirikan rumah tangga dan dikurniakan seorang anak dan telah berusia satu tahun pada Hari Raya Aidil Adha baru-baru ini. 

           Pada usia tujuh tahun saya menjejakkan kaki ke alam persekolahan di SK Tanjung Medang, Pekan. Saya menimba ilmu peringkat rendah di sekolah ini selama enam tahun. Seterusnya saya melangkah ke sekolah  menengah di bandar Pekan, iaitu SMK Tengku Abdullah, Pekan. Disini saya menghabiskan pelajaran menengah rendah saya dan menduduki peperiksaan PMR dan SPM juga disekolah ini. Selepas keputusan SPM diumumkan, saya mengambil keputusan untuk meneruskan pelajaran di sekolah ini pada peringkat STPM pula. Alhamdulillah kini saya berada di Universiti Utara Malaysia (UUM), Kedah untuk melanjutkan pengajian saya pada peringkat ijazah. Saya mengambil kos BDM iaitu Bachelor of Development Management. Di UUM, saya ditempatkan di Dewan Penginapan SME Bank di Bukit Kachi. 


Demikian saja riwayat hidup yang dapat saya kongsi bersama. Sekian, terima kasih.


" Biarpun seribu kapal tenggelam ditengah lautan,namun cita-cita manusia tidak pernah padam"
-HAMKA-